suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Serena Mandi Peluh Untuk Ke Final

Serena Williams.

SERENA Williams melangkah ke final Terbuka Perancis buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas menundukkan Kiki Bertens 7-6(7) 6-4 pada aksi separuh akhir, petang Jumaat.

Juara bertahan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum bangkit melakar kejayaan.

Pemain berusia 34 tahun itu akan bertemu Garbine Muguruza pada aksi final Sabtu ini.

Serena dalam usaha memburu 22 kejohanan Grand Slam untuk menyamai rekod Steffi Graf di Paris pada 1999.

Muguruza pula berjaya menewaskan pemain Australia, Samantha Stosur 6-2, 6-4 pada aksi separuh akhir berasingan.

Set pertama agak mudah tetapi dia (Bertens) bermain dengan begitu baik.

"Saya perlu kekal tenang bagi menghadapi aksi final dan berharap penyokong terus memberi sokongan kepada saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain