suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Dia Pemain Terbaik Liga" - Wenger

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menghambur pujian kepada pemain tengah Leicester City iaitu N'Golo Kante berikutan prestasi cemerlangnya pada musim ini.

Pemain tengah Perancis itu berhijrah ke Leicester dengan nilai £5.8 juta sebelum membantu kelab berkenaan bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, pemain berusia 25 tahun itu kini dilapor bakal berhijrah ke Arsenal dengan penebusan kontrak bernilai £20.1 juta.

Bagaimanapun Wenger enggan mengulas lanjut mengenai pemindahan itu sebaliknya memuji Kante sebagai pemain yang hebat dan sempurna.

"Saya rasa dia akan bermain untuk Perancis dan bagi saya dia adalah pemain tengah terbaik bagi Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Dia masih mempunyai kontrak bersama Leicester. Saya yakin Leicester mahu menjualnya dan mereka akan mencari pembeli yang sanggup membayar," jelasnya.

Artikel Lain