suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KHM Harap Hoki Turut Disenarai Dalam Program Podium

Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap hoki akan disenaraikan dalam Program Podium yang akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berharap kementerian mempunyai keyakinan dengan skuad hoki negara, sekali gus diserapkan dalam program kendalian Institut Sukan Negara (ISN) itu.

"Memang saya berharap (hoki disenarai dalam Program Podium). Bagaimanapun, ini bukan keputusan kita. Ia bergantung kepada budi bicara menteri dan pihak yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis  perasmian Bengkel Pelan Pembangunan Hoki Kebangsaan KHM-MSN oleh Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail di Dewan Perdana ISN di sini, Khamis.

Program Podium adalah program penyediaan atlet terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih merangkumi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulatihan.

"Bagi saya, kita mesti melihat Program Podium ini memberi peluang kepada atlet atau sukan yang dirasakan ada harapan.

"Sukan hoki secara umum adalah acara sukan berpasukan yang utama di negara ini dan kita ada peluang cerah di masa hadapan...saya yakin kita boleh layak ke Sukan Olimpik," kata Subahan.

Pemilihan atlet ke Program Podium tidak hanya tertakluk kepada atlet individu sahaja tetapi juga kepada acara berpasukan.

Pengumuman senarai atlet dan jenis sukan yang dipilih untuk program itu akan diumumkan Khairy pada awal Februari ini. - BERNAMA

KHM, program podium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain