suria

RM17 Juta Proses Naik Taraf Litar Sepang - Razlan

BANTING: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan memperuntukkan sejumlah RM17 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih Litar Sepang sepanjang 5.54 kilometer  itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata pihaknya telah melantik sebuah firma perlumbaan terkemuka dunia yang disyorkan oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) untuk proses menaik taraf litar berkenaan yang dijangka bermula dari 15 Februari hingga 8 Mei ini.

Katanya mereka turut meminta firma berkenaan untuk melakukan penambahbaikan termasuk membaiki dan menaik taraf sistem perparitan, kawasan 'kerbs and thetarmac run-off' serta kawasan 'gravel bed' di Turn One dan 15.

"Kertas cadangan menaik taraf dan baik pulih litar akan dirujuk kepada FIM bagi mendapatkan maklum balas badan dunia itu," katanya kepada pemberita pada majlis resepsi perkahwinan bekas pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin di Kampung Bukit Changgang, di sini, Ahad.

Beliau yakin setelah Litar Sepang dibuka pada 8 Mei nanti, ia bakal memberikan kelainan dalam penganjuran perlumbaan Formula One (F1) pada 2 Oktober ini dan Kejuaraan MotoGP Dunia pada 30 Okt ini.

Kali terakhir kerja naik taraf dijalankan di litar tersebut adalah pada 2007.

Razlan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata kerja baik pulih dan naiktaraf itu merupakan syarat ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan FIM untuk memastikan litar itu terus mematuhi piawaian antarabangsa.-Bernama

Litar Sepang, Razlan Razali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain