suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester City, Barcelona Rampas Kedudukan Di Puncak Liga

Gol Lionel Messi bantu Barcelona melonjak ke kedudukan teratas La Liga.
KEDUDUKAN di puncak liga menyaksikan perubahan dalam dua daripada tiga liga elit di Eropah selepas berakhirnya beberapa perlawanan, awal pagi Ahad.

Leicester City, buat masa ini kembali berada di puncak Liga Perdana Inggeris, manakala Barcelona kembali menakluki tempat teratas dalam Liga Sepanyol (La Liga).


Leicester City menyingkirkan Arsenal dari puncak liga setelah mereka tampil dengan aksi hebat dan menewaskan Stoke City 3-0.

Sementara itu Lionel Messi memegang peranan utama dalam kejayaan Barcelona apabila menyumbat masuk gol kemenangan untuk pasukannya di kandang Malaga. Gol Messi, yang diberi gelaran La Pulga (si kutu)  mengunci kemenangan 2-1 Barcelona di markas malaga.

Kemenangan ini untuk sementara mengembalikan Barca ke puncak carta La Liga dengan 48 mata, manakala Malaga meringkuk di posisi 12 dengan 24 mata.

Sementara itu dalam Serie A (Itali), AC Milan gagal meraih mata penuh dalam kunjungan mereka ke markas Empoli, di Stadium Carlo Castellani. AC Milan hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2.
La LIga, EPL, Serie A, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain