suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tipu Cukai, Mascherano Terima Hukuman Penjara Setahun

PEMAIN pertahanan Barcelona, Javier Mascherano menerima hukuman penjara setahun selepas membuat rayuan di atas kesalahan mengelak cukai.

Pemain antarabangsa Argentina berusia 31 tahun yang menyertai Barca pada Ogos 2010 itu didapati bersalah tahun lalu kerana menipu pihak berkuasa Sepanyol berkenaan dengan bayaran cukai yang lebih daripada 1.5 juta euro (RM8 juta).

Mascherano didakwa menyorok pendapatan sebenar dengan menggunakan syarikat yang ditubuhnya di Amerika Syarikat dan Portugal.

Ketika sesi pendengaran di mahkamah pada Khamis, Mascherano bersetuju untuk membayar denda dan kos guaman sebanyak 800,000 euro (RM3.8 juta).

Hukuman penjara kurang daripada dua tahun jarang dilaksanakan di Sepanyol.

Mascherano juga turut membayar jumlah cukai dan faedah sebanyak 200,000 euro (RM948,059).

Dalam pada itu, Mascherano menjelaskan mengenai rayuan yang dibuat dan turut memberitahu dia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memberi khidmat nasihat kewangan ‘teruk’ kepadanya.

 Sebelum ini, rakan senegaranya, Lionel Messi telah hadir ke mahkamah bersama bapanya pada Mei lalu bagi dakwaan penipuan cukai.

Artikel Lain