suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maklumat Bale Ke Real Bocor, Dibayar Lebih Tinggi Daripada Ronaldo

MAKLUMAT penuh berkaitan jumlah perpindahan Gareth Bale ke Real Madrid dari Tottenham Hotspur dilaporkan bocor yang menyaksikan kelab Sepanyol itu mengeluar kos lebih daripada Cristiano Ronaldo.

Berdasarkan maklumat perjanjian perpindahan tersebut, yuran pemain antarabangsa Wales itu bernilai 91 juta euro (RM432 juta), lebih rendah berbanding yang dibayar kepada Ronaldo 96 juta euro (RM455 juta) tahun 2009.

Bagaimanapun nilai perpindahan itu dibayar secara ansuran yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat  100.7 juta euro (RM477.35 juta).

Dokumen tersebut turut menunjukkan perjanjian bahawa Real Madrid perlu mengumumkan nilai perpindahan 78 juta pound (RM482.144 juta)  dan Tottenham tidak boleh merujuk kepada ‘aspek ekonomi’ untuk jumlah tersebut.

 Sebelum ini Real Madrid sentiasa memberitahu bahawa Ronaldo adalah pemain termahal kelab. Dalam dokumen itu juga turut menjelaskan kepada Madrid agar memastikan Bale tidak membuat “sebarang komen negatif atau kelakuan buruk terhadap Tottenham, pegerusi kelab, ahli lembaga dan/atau pekerja.”

Jelas menunjukkan mengapa ejen Bale amat tenang mengenai perjanjian perpindahan sebelum ini yang tidak didedahkan kepada umum berkaitan gaji atau maklumat peribadi lain.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangi kontrak selama enam tahun ketika berpindah ke Bernabeu pada tahun 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain