suria

Rooney Pilih Mourinho Jurulatih Terbaik Dunia, Luis Enrique Tak Layak Diundi

Wayne Rooney.

PILIHAN Wayne Rooney bagi Jurulatih Terbaik Dunia di majlis Anugerah Ballon d’Or FIFA 2015 ialah tiga pengurus yang paling kerap dikaitkan untuk menggantikan Louis van Gaal di Manchester United.

Portal Mail Online melaporkan kapten pasukan England dan Manchester United itu menjadikan Jose Mourinho sebagai pilihan pertama beliau, diikuti dengan pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola dan pengurus Chile, Jorge Sampaoli.

Anugerah bagi kategori itu bagaimanapun dimenangi oleh Luis Enrique dari Barcelona.

Namun Rooney menyifatkan Enrique itu layak mendapat undi walaupun hakikatnya jurulatih itu membawa Barcelona kepada tiga kejuaraan musim lalu.

Pilihan jurulatih bagi Rooney agak menarik apabila Mourinho secara berterusan dikaitkan dengan jawatan pengurus di Manchester United dengan beliau dipecat dari Chelsea.

Walaupun Mourinho dikatakan menjadi calon utama bagi mengisi kekosongan kerusi sekiranya dilepaskan oleh Van Gaal, Guardiola turut mempertimbangkan perkara itu selepas mengumumkan akan meninggal Bayern Munich pada akhir musim.

Sementara itu, Sampaoli mungkin merupakan pilihan altenatif buat jawatan di Old Trafford. Beliau membawa Chile menjulang kejuaraan pada Copa Amerika 2015.

Mengenai pemain terbaik dunia, keputusan Rooney memilih Messi adalah tepat apabila pemain Barcelona itu menerima gelaran berkenaan pada Anugerah Ballon d’Or FIFA 2015.

Selain Messi, Rooney turut memilih pemain Bayern Munich, Thomas Muller.

Pilihan Rooney agak mengejutkan kerana beliau tidak menjadikan bekas rakan pasukannya, Cristiano Ronaldo sebagai pilihan utama dalam undian bagi kategori pemain terbaik.

Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain