suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC: Najib Ucap Tahniah Kepada JDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.

JDT menewaskan kelab Tajikistan, Istiklol FC 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan, Sabtu malam.

"Tahniah @OfficialJohor! Berjaya cipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia dengan bawa pulang Piala AFC!," kata Najib dalam catatan terkini Twitter beliau di sini, Sabtu.

Pemain import JDT dari Argentina, Leandro Velazquez menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-22. 

Kejayaan JDT itu sekali gus melakar sejarah baharu bola sepak tanah air apabila skuad Harimau Selatan berkenaan, muncul pasukan Malaysia pertama menjuarai Piala AFC, yang mula diperkenalkan pada 2004.

Piala AFC, JDT, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain