Agih Pendapatan Liga M Secara Adil - KJ - Sukan | mStar

Agih Pendapatan Liga M Secara Adil - KJ

KUALA LUMPUR: Pendapatan diperoleh melalui penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) perlu diagih-agihkan dengan lebih adil kepada negeri dan kelab yang terlibat dalam liga berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata formula hak penyiaran itu haruslah dibincangkan bersama-sama anggota gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri dan kelab terlibat dalam liga itu selaras dengan peningkatan jumlah penajaan yang begitu tinggi bagi musim depan.

"Ini saya serah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk putuskan.

Saya hanya dapat sarankan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan larian Walk-a-Mile ke-14 bersempena Sambutan Hari Jantung Sedunia, di Taman Tasik Perdana di sini, Ahad.

Khairy diminta mengulas catatan Facebook Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang meluahkan rasa kecewa berhubung pembahagian kutipan Piala FA oleh FAM.

Annuar dalam catatan 25 Sept lepas menyatakan rasa tidak puas hati apabila daripada RM3 juta hasil jualan tiket, tidak termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000, sedangkan pasukan itu membantu menjual 90 peratus daripada tiket.

Ogos lepas, FAM melantik MP  and  Silva sebagai rakan kongsi baharu bagi pengurusan saingan Liga-M musim hadapan. Menerusi penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), ia dijangka memberi pendapatan lumayan bernilai RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun, bermula 2016 kepada badan induk bola sepak itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta semua pasukan bertanding dalam Liga-M memperjuangkan hak penyiaran masing-masing sebelum menerima cadangan FAM menswastakan liga berkenaan.

Sementara itu, Khairy menyifatkan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) melantik Zainal Abas sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan yang baharu, satu keputusan tepat.

Berbekalkan pengalaman luas sebagai jurulatih pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebelum ini, beliau yakin Zainal mampu mengembalikan semula kegemilangan sukan olahraga yang pernah menyumbang bilangan pingat terbesar dalam Sukan SEA pada suatu masa dahulu.

"Kita pernah menang puluhan pingat emas pada 1989, 2000, di mana kita dikatakan kuasa paling besar dalam olahraga. Kita tak ada banyak masa namun kita ada beberapa bakat yang kita boleh bangunkan dan sediakan untuk Sukan SEA 2017," katanya.

Khairy berkata pihaknya juga akan membincangkan masa depan Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Robert J. Ballard dan akan diberi tugas baharu di Institut Sukan Negara (ISN).

Ballard, yang dilantik oleh MSN pada Februari tahun lepas untuk meningkatkan prestasi dan mengembalikan kegemilangan sukan olahraga di negara ini, dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan pucuk kepimpinan KOM.

Sukan olahraga sekadar meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan sembilan gangsa pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

Liga Malaysia , FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Luke Shaw Dedah Gambar Terbaru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain