suria

Prestasi Hambar, Higuain Disingkir Dari Skuad Argentina

Higuain gagal menyempurnakan asepakan penalti pada aksi akhir Copa Amerika Julai lalu.

PENYERANG Gonzalo Higuain tersingkir daripada skuad Argentina menjelang perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia, manakala Paulo Dybala dipanggil buat kali pertama.

Higuain yang beraksi di bawah prestasi sebenar hanya menjaringkan dua gol pada aksi Copa Amerika Julai lalu, malah lebih mengecewakan apabila dia gagal dalam menyempurnakan sepakan penalti sekaligus tewas kepada Chile di pentas akhir.

Dia juga turut diketepikan pada siri Jelajah ke Amerika Syarikat kerana mengalami masalah perut.

Walaupun Higuain menjaringkan dua gol ketika aksi kemenangan 5-0 Napoli ke atas Lazio Ahad lalu, jurulatih kebangsaan Gerardo Martino menegaskan pemilihan pemain bukan berdasarkan satu perlawanan sahaja.

"Senarai pemain telah dibuat sebelum itu lagi. Kami tidak boleh menilai pemain hanya satu perlawanan sahaja, tetapi perlu menilai aksi keseluruhannya," jelas Martino.

Selain itu, Dybala dipilih berdasarkan prestasi terbaik musim lalu bersama Palermo dalam saingan Serie A sebelum berpindah ke Juventus musim ini.

Lebih menguatkan lagi pemilihannya ke skuad kebangsaan apabila Dybala telah melakar tiga gol dalam lima perlawanan sejak bersama kelab juara liga Itali itu.

Senarai pemain Argentina:

Penjaga gol: Sergio Romero (Manchester United), Nahuel Guzman (UANL Tigres), Agustin Marchesin (Santos Laguna) 

Pertahanan: Pablo Zabaleta (Manchester City), Nicolas Otamendi (Manchester City), Martin Demichelis (Manchester City), Emmanuel Mas (San Lorenzo), Marcos Rojo (Manchester United), Facundo Roncaglia (Genoa), Ezequiel Garay (Zenit St Petersburg), Milton Casco (Newell's Old Boys), Ramiro Funes Mori (Everton) 

Pemain tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Lucas Biglia (Lazio), Angel Di Maria (Paris St Germain), Javier Pastore (Paris St Germain), Ever Banega (Sevilla), Roberto Pereyra (Juventus), Enzo Perez (Valencia) 

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Paulo Dybala (Juventus), Sergio Aguero (Manchester City), Carlos Tevez (Boca Juniors), Nicolas Gaitan (Benfica), Angel Correa (Atletico Madrid), Ezequiel Lavezzi (Paris St Germain)

Gonzalo Higuain, Argentina, Napoli

Artikel Lain