suria

Liverpool Hubungi Ancelotti, Kedudukan Rodgers Jadi Teka-Teki

Carlo Ancelotti.

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers berusaha untuk menyelamatkan kedudukannya di Anfield selepas pemilik kelab itu, FSG menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti sebagai penggantinya.

Liverpool cuba mendekati Ancelotti untuk mengambil alih kerusi panas yang diisi Rodgers selepas kelab itu mencatat prestasi hambar pada kempen awal musim ini.

Difahamkan Rodgers masih mendapat beberapa sokongan pembuat keputusan di Liverpool.

Namun, jawatannya kini masih menjadi teka-teki selepas Ancelotti dilaporkan dihubungi pemilik Liverpool.

Rodgers kini gagal membantu pasukan itu mencatat prestasi terbaik pada awal musim ini.

Malah, kedudukannya mula goyah selepas Liverpool sekadar terikat 1-1 dengan Norwich City pada hujung minggu lalu.

Lebih buruk, kekalahan 0-3 kepada West Ham dan juga tewas ditangan Manchester United memaksa FSG untuk mempertimbangkan pengurus baharu untuk pasukan itu.

Ancelotti antara pengurus yang mempunyai rekod cemerlang apabila berjaya mengemudi Chelsea memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pada 2010.

Malah, Ancelotti turut membantu Real Madrid menjuarai trofi Liga Juara-Juara Eropah pada 2014 dan AC Milan pada 2003 dan 2007.

Sekarang merupakan masa terbaik bagi Liverpool untuk mendapatkan khidmat Ancelotti memandangkan beliau antara pengurus yang menjadi buruan The Red setelah sekian lama.


Carlo Ancelotti, Liverpool

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga, Khamis

Artikel Berikut

Artikel Lain