suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka AS: Halep Mara Ke Separuh Akhir Kali Pertama

PEMAIN pilihan kedua wanita, Simona Halep berjaya mengatasi saingan sengit daripada bekas jaguh No.1 dunia, Victoria Azarenka untuk mara ke aksi separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Impian bintang muda Romania itu untuk mencatat grand slam pertamannya semakin hampir apabila mencatat keputusan 6-3 4-6 6-4  ke atas Azarenka dari Belarus dalam tempoh 85 minit pada saingan suku akhir awal pagi Khamis.

Halep bakal berdepan dengan pemain Itali, Flavia Pennetta bagi merebut tiket ke final.

"Ia satu perlawanan yang sukar. Saya gembira boleh menang perlawanan ini dan tidak pasti bagaimana ia berlaku," jelas Halep.

Jelas Halep, penangguhan perlawanan seketika apabila hujan melanda Stadium Asthur Ashe memberi ruang untuk dia memulihkan kembali tenaganya.

"Set kedua amat meletihkan. Tetapi saya kembali bertenaga dan mencurahkan segalanya pada set penentuan untuk menang dan bermain di separuh akhir buat kali pertama di sini," tambahnya.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Serena Williams bakal bertemu Roberta Vinci (Itali) awal pagi Jumaat.

Terbuka AS, Simona Halep

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain