suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GP Bahrain: Rosberg Terpantas Sesi Latihan Bebas Kedua

Rosberg (tengah) menamatkan latihan bebas kedua di tempat pertama.

SAKHIR: Nico Rosberg mencatatkan masa terpantas mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton dalam sesi latihan bebas kedua, Jumaat menjelang perlumbaan Grand Prix Bahrain, hujung minggu ini.

Rosberg yang memburu gelaran pertama Formula Satu (F1), musim ini menamatkan perlumbaan 1 minit, 34.647 saat.

Hamilton yang memenangi dua daripada perlumbaan pertama, tahun ini menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 1:34.762 saat.

Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen mendapat tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan, Sebastian Vettel.

Kedua-dua pelumba itu berada lebih setengah saat di belakang Rosberg.

Raikkonen merekodkan catatan terpantas pada sesi pertama mengatasi Vettel.

Keputusan sesi latihan bebas kedua GP Bahrain:

1 Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:34.647 

2 Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:34.762 

3 Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:35.174 

4 Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari 1:35.277 

5 Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:35.280 

6 Daniel Ricciardo (Australia) RedBull - Renault 1:35.449 

7 Pastor Maldonado (Venezuela) Lotus - Mercedes 1:35.474 

8 Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:35.793 

9 Daniil Kvyat (Russia) RedBull - Renault 1:35.883 

10 Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:35.884

Nico Rosberg, GP Bahrain, Mercedes

Artikel Berikut

Artikel Lain