suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Memperkenalkan Penyerang Muda Baru

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilapor akan memperkenalkan pemain muda Brazil, Nathan yang baru ditandatangani pada Rabu.

Pengenalan pemain tengah serangan yang licik itu bukan sahaja satu pengumuman buat Chelsea tetapi ia juga kejayaan dalam persaingan dengan Menchester City bagi  mendapatkan bintang yang bakal menyinar.

Pemain berusia 19 tahun dan bernilai £4.5 juta itu mula diminati Chelsea sejak dua tahun lalu ketika dia beraksi pada Kejuaraan Dunia B-17.

Dengan pengenalan tersebut, Nathan merupakan pemain warga Brazil kelima yang berada di bawah kendalian Jose Mourinho selepas Willian, Ramires, Filipe Luis dan Oscar.

Dia juga dilapor akan diberi posisi tanggungjawab sebagai penyerang kedua oleh Mourinho pada musim depan selepas diadaptasikan dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris.

Chelsea, Brazil

Artikel Berikut

Artikel Lain