suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sambar Dua Bintang Borussia Dortmund

Hummels dan Gundogan dijangka menyertai Manchester United pada akhir musim ini.

LOUIS VAN GAAL dijangka akan membuat pembelian dua pemain dari Borussia Dortmund yang bernilai £50 juta walaupun jurulatih itu kini berjaya meletakkan Manchester United di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris.

Seperti yang semua peminat United mengetahui bahawa kelab gergasi itu tidak pernah berhenti memburu pertahanan Dortmund, Mats Hummels sejak tahun lalu.

Tetapi selepas Hummels memberi lampu hijau untuk menyertai United, kini seorang lagi pemain kelab berkenaan menyatakan kesediaan untuk berhijrah ke Old Trafford.

Iikay Gundogan yang merupakan arkitek Dortmund dilapor bersedia untuk menyertai United dan berikutan itu Van Gaal memerlukan sebanyak £50 juta untuk mendapatkan kedua-dua pemain terbabit.

United perlu membayar sebanyak £35 juta untuk Hummels dan £15 juta bagi mendapatkan Gundogan pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, jumlah itu dikatakan tidak menjadi bebanan kepada Van Gaal kerana kelab gergasi tersebut bersedia untuk melabur sehingga £150 juta bagi mendapatkan pemain-pemain baru.

Artikel Sebelum

Artikel Lain