suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Costa Terlepas Empat Perlawanan Akibat Kecederaan

Diego Costa
DIEGO Costa akan terlepas empat perlawanan akan datang bersama Chelsea akibat kecederaan otot belakang paha (hamstring), termasuk pertembungan penting menentang Arsenal.

Jose Mourinho dalam sidang media pada Jumaat mengesahkan  bahawa Costa hanya akan kembali untuk empat perlawanan terakhir musim ini.

Costa terlepas tugasnya bersama skuad Sepanyol baru-baru ini akibat kecederaan ketika Chelsea menang 3-2 Di Hull City tetapi kembali beraksi dengan Blues menentang Stoke hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu terpaksa dikeluarkan hanya 10 minit selepas dibawa masuk menggantikan Oscar pada babak ke­dua ketika kedua-dua pasukan sedang terikat 1-1 di Stamford Bridge.

Dia akan terlepas perlawanan akan datang menentang QPR, Manchester United, Arsenal dan Leicester City, tetapi dijangka kembali bersama Blues 'selepas empat perlawanan musim ini menentang Crystal Palace, Liverpool, West Brom dan Sunderland.

Costa, penyerang utama Chelsea sangat berharap dapat beraksi pada 26 April menentang Arsenal.
Diego Costa, hamstring

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain