suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertahanan Chelsea Ditahan Kerana Jenayah Seksual

POLIS Belanda menahan pemain pertahanan Chelsea selepas disyaki terlibat dalan jenayah seksual di negara itu.

Wallace yang merupakan pemain pertahanan tengah Chelsea yang dipinjamkan kepada Vitesse Arnhem ditahan ketika berada di bandar.

Pemain kelahiran Brazil berusia 20 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan tanda didakwa.

Berikutan penahanan tersebut, Wallace telah digugurkan oleh kelabnya yang turut akan mengenakan denda kepadanya.

"Wallace tidak berada dalam senarai pemain yang akan menentang Excelsior. Pertahanan warga Brazil itu telah ditahan malam Khamis di Arnhem kerana melakukan kesalahan.

"Berdasarkan fakta itu menunjukkan dia telah keluar ke sesuatu tempat, 48 jam sebelum perlawanan.

"Berikutan itu Vitesse akan segera menggugurkan Wallace dan mengenakan denda maksimum kepadanya," jelas kelab tersebut dalam satu kenyataan.


Chelsea, Belanda

Artikel Sebelum

Artikel Lain