suria

Southampton Untung £33 Juta Tahun Lalu

KELAB Liga Perdana Inggeris yang sedang meningkat naik, Southampton telah mencatatkan keuntungan sehingga £33.4 juta tahun lalu  - yang pertama sejak 2009.

Menurut laporan kewangan yang berakhir 30 Jun 2014, jumlah pendapatan kelab telah meningkat dari £71.8 juta kepada £106 juta.

Tahun 2013, Southampton mengalami kerugian sebanyak £7.1 juta.

Sejumlah besar keuntungan yang dicatatkan itu disumbangkan oleh hak penyiaran siaran langsung.

Jumlah pendapatan tersebut tidak termasuk hasil daripada penjualan Adam Lallana, Dejan Lovren dan Rickie Lambert kepada Liverpool serta Luke Shaw kepada Manchester United dan Calum Chambers kepada Arsenal.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Kewangan, David Bence, sebahagian besar pendapatan daripada jualan para pemain telah dilaburkan semula untuk mendapatkan pemain baru, membayar gaji pemain dan kos-kos lain bagi menyokong pelan pembangunan musim 2014/15.

Southampton kini berada di tangga keenam liga. 


Artikel Lain