suria

Falcao Beri Bayangan Keperluan Tinggalkan United

Radamel Falcao
PEMAIN penyerang yang dipinjamkan kepada Manchester United, Radamel Falcao memberi bayangan untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini namun menyatakan dia masih komited dengan kelab Old Trafford.

Falcao pemain Colombia yang terlepas beraksi di Piala Dunia pada tahun lalu akibat kecederaan telah berpindah dari Monaco ke United serta dilihat kurang beraksi dan hanya menjaringkan beberapa gol di bawah pengurus Louis van Gaal.

"Saya rasa sesiapa saja pemain bola sepak mahu beraksi dan gembira jika dapat beraksi. Saya benar-benar komited untuk kelab itu, terdapat lapan lagi perlawanan (Liga Perdana) dan banyak perkara boleh berlaku," kata Falcao kepada Radio Colombia, Caracol.

"Oleh itu, apabila kejohanan tamat, saya akan duduk, membuat analisis dan memutuskan apa yang terbaik untuk saya," kata pemain berusia 29 tahun yang merupakan penjaring prolifik untuk Porto, Atletico Madrid dan Monaco sebelum mengalami kecedaraan ligamen lutut 14 bulan lalu.

"Ternyata, saya perlu mencari tempat untuk menyambung permainan ini dan membolehkan saya beraksi," kata Falcoa di Bahrain sewaktu latihan persahabatan bersama Colombia dan Copa Amerika pada Khamis.
Radamel Falcao, Louis van Gaal

Artikel Lain