suria

Alonso Jalani Ujian Perubatan Tentukan Penyertaan Grand Prix F1 Malaysia

Fernando Alonso.

FERNANDO Alonso akan menjalani ujian perubatan di Universiti Cambrigde pada Ahad yang merupakan sebahagian daripada tiga proses yang akan menentukan sama ada beliau boleh menyertai perlumbaan Formula Satu (FL) di Grand Prix Malaysia pada hujung minggu depan.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu terlepas menyertai perlumbaan pembukaan musim ini di Melbourne minggu lalu selepas disahkan mengalami kecederaan yang akibat kemalangan di Barcelona, baru-baru ini.

Walaupun Alonso menerusi laman sosial Twitter memaklumkan mengenai keadaan dirinya yang sudah bersedia dan cergas untuk berlumba, namun Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) telah mengarahkan tiga doktor Cambrigde untuk melakukan ujian terhadapnya. 

Jika Alonso lulus ujian yang dijalankan, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk menjalani dua lagi ujian analisis.

Salah satu ujian itu akan dijalankan oleh wakil perubatan FIA, Jean-Charles Piette yang memerlukan Alonso melakukan ujian berkomputer selama 45 minit untuk membuat penilaian masa terhadap reaksinya. 

Keputusan yang diperoleh akan dikaji dan dibandingkan dengan keputusan pada ujian yang sama sebelum ini.

Doktor tempatan di Malaysia turut ditugaskan untuk menjalankan ujian terhadap Alonso di Litar Antarabangsa Sepang. - mail online

Fernando Alonso

Artikel Lain