suria

Pele Pilih Messi Sebagai Rakan Sepasukan Berbanding Ronaldo

Messi (kiri) dan Ronaldo.

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele yang mencatatkan rekod sebanyak 1,281 gol sepanjang kerjayanya dengan kebanyakannya adalah jaringan buat pasukan Santos, menyaksikan dua penjaring Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang kini menjadi fenomena dan memburu gelaran pemain terbaik dunia.

Beliau bagaimanapun memilih Messi berbanding Ronaldo kerana menyifatkan pemain Barcelona itu sebagai pemain pasukan yang unggul.

"Membandingkan antara Ronaldo dan Messi? Ia merupakan satu soalan yang sukar. Kedua-dua mereka merupakan jenis pemain bola sepak yang berbeza," katanya kepada pemberita di West End, London pada Jumaat.

"Kelebihan Messi lebih kepada pasukan, bersiap sedia untuk permainan dan membantu, tetapi Ronaldo seperti pemain Brazil, Ronaldo dan membuat lebih banyak jaringan.

"Tetapi saya akan memilih Messi untuk pasukan saya, tetapi kedua-duanya memang hebat. Corak permainan Messi sekarang nyata berbeza berbanding Ronaldo. Ronaldo hanya bermain di hadapan."

Pele berada di England bagi menghadiri perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool di Anfield pada Ahad. Kehadirannya adalah sebagai duta global untuk jenama rangkaian sandwich, Subway.

Messi mendahului jaringan dalam La Liga Sepanyol dengan 253 gol, dan mencatatkan 32 jaringan untuk liga musim ini buat Barcelona berbanding Ronaldo hanya 30 untuk Real Madrid.

Pele, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain