suria

Pemilik Sampdoria Pertahan Kehilangan Eto'o

PRESIDEN Sampdoria, Massimo Ferrero menafikan bahawa Samuel Oto'o akan meninggalkan kelab itu selepas kurang seminggu menyertai skuad berkenaan.

Khabar angin mengenai pemindahan Eto'o ke kelab lain bertiup kencang apabila penyerang berkenaan tidak menghadiri sesi latihan pada Isnin.

Ketiadaan Eto'o pada sesi latihan itu dikatakan berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku antara pemain itu dengan jurulatih Sampdoria, Sinisa Mihajlovic.

Mihajlovic dilapor telah mengadakan dua sesi latihan pada Isnin sebagai hukuman terhadap kekalahan memalukan 5-1 kelab berkenaan kepada Torino pada Ahad.

Mihajlovic (kiri) bercakap sesuatu dengan Massimo Ferrero.

Dalam perlawanan itu, Eto'o tampil sebagai pemain simpanan yang dimasukkan pada minit ke-72 permainan - sebelum hilang pada Isnin tanpa mengemukakan sebarang alasan.

"Saya tidak tahu ke mana dia (Eto'o) hilang dan apa yang akan kelab lakukan.

"Pemain ini tidak memberikan sebarang alasan apabila tidak hadir. Saya anggapnya sebagai satu tindakan yang tidak menghormati pasukan dan diri saya sendiri," kata Mihajlovic.

Eto'o, Sampdoria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain