suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Pesta Gol, Lonjak Ke Tangga Kelima

Cazorla meraikan jaringannya.
ARSENAL naik ke tangga kelima mengatasi Tottenham Hotspur selepas menewaskan Aston Villa 5-0 di Stadium Emirates, malam Ahad.

Olivier Giroud meletakkan The Gunners di depan seawal minit kelapan sebelum Mesut Ozil menyudahkan gol kedua pada babak kedua.

Ia adalah gol ketujuh Giroud pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Anak buah Pengurus Arsene Wenger ibarat berpesta gol di gelanggang sendiri apabila Theo Walcott menjaringkan gol ketiga pada minit ke-63.

Santi Carzola terus menambah derita pasukan lawan apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat Arsenal pada minit ke-75.

Arsenal melengkapkan gol kelima menerusi jaringan Hector Bellerin pada masa kecederaan.

The Gunners kini mengutip 42 mata, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Barisan pemain:

Arsenal: Ospina, Bellerin, Mertesacker, Koscielny, Monreal, Coquelin, Ramsey, Walcott, Cazorla, Ozil, Giroud. Pemain gantian: Szczesny, Gibbs, Gabriel, Paulista, Chambers, Flamini, Rosicky, Akpom.

Aston Villa: Guzan, Hutton, Okore, Clark, Richardson, Sanchez, Delph, Cleverley, Weimann, Gil, Benteke. Pemain gantian : Given, Baker, Bacuna, Sinclair, Agbonlahor, Westwood, Cissokho.


Arsenal, Aston Villa

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain