suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nemanja Matic Yakin Chelsea Sapu Empat Kejuaraan Musim ini

PEMAIN tengah Chelsea, Nemanja Matic mendakwa kelabnya kini berada dalam keadaan terbaik untuk merangkul kesemua kejuaraan pada musim ini.

Berikutan itu, Matic yakin rakan sepasukan akan berusaha mengejar empat trofi pada musim ini selepas mereka berjaya menakluki kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris sehingga Krismas.

"Kami telah sampai ke suku akhir Piala Capital One, pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah dan akan memulakan saingan Piala FA menentang Watford," katanya.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho sebelum ini menyekat pemain kelab itu daripada bercakap mengenai peluang dan masa depan selepas menang ke atas Derby dalam Piala Capital One minggu lalu - tetapi Matic telah melakukannya.

"Saya fikir ia (kemenangan) mungkin, kami mempunyai peluang, saya tidak kata kami akan menang tetapi akan cuba untuk mencapainya," jelas pemain itu.

Stoke City v Chelsea

Nemanja Matic, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain