suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Liga Inggeris: Liverpool, Tottenham Mara Ke Separuh Akhir

LONDON: Dua gol jaringan Raheem Sterling memastikan kemaraan Liverpool ke separuh akhir aksi Piala Liga Inggeris selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab divisyen dua, Bournemouth manakala Tottenham menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 4-0 ke atas Newcastle.

Lazar Markovic menjaringkan gol selepas kemarau jaringan sejak September lalu ketika Liverpool menang pada perlawanan suku akhir itu.

Liverpool berdepan minggu sukar selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan merosot kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Nabil Bentaleb, Nacer Chadli, Harry Kane dan Roberto Soldado menyumbang gol ketika Tottenham membenam pencabar Liga Perdana Inggeris, Newcastle 4-0.

Tottenham dan Liverpool diundi bertemu pada separuh akhir membabitkan perlawanan dua peringkat manakala pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan kelab bahagian tiga, Sheffield United sudah mengesahkan kemaraan pasukan masing-masing semalam. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain