suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Persie Selamatkan United Daripada Malu Di Tempat Sendiri

Robin van Persie (kanan) menyumbat gol untuk mengikat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan menentang Chelsea, di Stadium Old Trafford, Manchester, awal pagi Isnin.
MANCHESTER: Manchester United terselamat daripada malu di tempat sendiri apabila penyerang berbisanya, Robin van Persie berjaya menyumbat gol penyamaan di saat-saat akhir perlawanan.

Gol penyamaan itu cukup berharga selepas Chelsea mendahului 1-0 dengan gol yang disumbangkan oleh penyerangnya Didier Drogba pada minit ke-55.

Gol Chelsea bermula dengan sepakan sudut apabila Drogba  menggunakan peluang terbuka untuk mengatasi pertahanan, Rafael sebelum menanduk masuk gol membolosi gawang United.

Keputusan seri di Old Trafford ini membuatkan kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata. 

Peluang untuk United pula jelas terbuka apabila pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dilayangkan kad merah seminit sebelum perlawanan masa tambahan babak kedua berakhir.
 
Walaupun bola yang ditanduk Fellaini ke gawang Chelsea  berjaya ditampan penjaga gol muda Chelsea Thibaut Courtois, nasib ternyata memihak kepada United apabila bola yang ditampan jatuh betul-betul di depan Van Persie.

Pemain Belanda itu tidak melepaskan peluang mengikat keputusan seri 1-1.

Kedudukan Chelsea tidak banyak tergugat selepas perlawanan ini dan kekal sebagai pendahulu liga dengan rekod tanpa kalah daripada sembilan perlawanan musim ini.

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Berikut

Artikel Lain