suria

Real Madrid Tewaskan Barcelona 3-1 Dalam El Clasico

KEMUNCULAN sulung Luis Suarez dalam perlawanan El Clasico pada awal pagi Ahad berakhir dengan kekalahan 3-1 Barcelona kepada Real Madrid.

Penyerang skuad kebangsaan Uruguay itu diturunkan bagi membuktikan taringnya selepas mengharungi tempoh larangan kerana terlibat insiden memalukan pada saingan Piala Dunia di Brazil.

Suarez terpaksa mengharungi hukuman oleh Fifa selepas didapti mengigit pemain Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, Suarez gagal memberikan impak apabila pasukan lawan 'Los Blancos' mudah menundukkan saingannya di Stadium Bernabeu, Madrid.

Dalam perlawanan itu, penyerang Brazil, Neymar berjaya menghasilkan jaringan pembukaan pada minit keempat untuk meletakkan Barcelona di hadapan di gelanggang lawan.

Bagaimanapun bintang Real Madrid, Critiano Ronaldo tampil sebagai hero apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan mengesan bola terkena tangan pertahanan Barcelona, Gerard Pique.

Pepe kemudiannya membawa Real Madrid mendahului pada babak kedua, manakala Karim Benzema menambah jaringan pada minit ke-61 untuk memastikan Real memperoleh tiga mata penuh.


Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain