suria

Arsenal Mahu Dapatkan Pertahanan Celtic Pada Januari

ARSENE WENGER dilapor sedia berbelanja sebanyak £8 juta bagi mendapatkan pertahanan Celtic,  Virgil van Dijk pada Januari depan.

Pengendali Arsenal itu pada Selasa mengesahkan akan mendapatkan pertahanan tengah pada tingkap perpindahan Januari bagi menangani krisis pertahanan kelab berkenaan.

Berikutan itu, pemain kelahiran Belanda terbabit kini bersedia untuk berhijrah ke Arsenal.


Van Dijk

Arsenal pernah cuba mendapatkan Van Dijk pada pertengahan tahun ini namun menghadapi kesulitan apabila Celtic enggan menjual pemain berusia 23 tahun itu.

Juara Scotland itu bagaimanapun gagal menahan Van Dijk daripada berpindah apabila kelab tersebut tidak layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah.

Wenger mengesahkan untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Arsenal apabila dia gagal pada tingkap perpindahan lalu.

"Saya percaya kami telah melakukan yang terbaik pada musim perpindahan lalu. Saya juga setuju bahawa kita perlukan seorang lagi pemain.

"Kami akan memperbaikinya pada musim pemindahan kali ini," jelas Wenger.

Arsenal, Celtic

Artikel Lain