suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murray Benam Pospisil, Mara Ke Suku Akhir Terbuka Vienna

Murray mara ke suku akhir Terbuka Vienna.
ANDY Murray dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Vasek Pospisil 6-4, 6-4 untuk mara ke suku akhir Terbuka Vienna, awal pagi Jumaat.

Pemain Britain itu yang perlu menduduki kelompok lapan pemain terbaik dunia untuk memburu tempat di Final Jelajah Dunia ATP di London, menghidupkan peluangnya untuk beraksi pada kejohanan penting itu hujung tahun ini menerusi kemenangan tersebut.

Murray, pemain No.10 dunia, bergelut untuk menemui rentak permainannya pada perlawanan itu sebelum berjaya mematahkan langkah Pospisil.

Beliau mempamerkan pengalamannya dalam beberapa aksi berprestij dunia dengan memanfaatkan kelemahan Pospisil untuk bangkit menguasai set terakhir permainan.

Antara yang sudah mengesahkan tempat ke London ialah Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal, Stan Wawrinka selain Marin Cilic yang muncul pemenang di Grand Slam tahun ini.
Terbuka Vienna, Andy Murray

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain