suria

Kelayakan Euro 2016: Perlawanan Serbia-Albania Terpaksa Dihentikan

Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan di kawasan padang.

PERLAWANAN Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan I di antara Serbia dan Albania terpaksa dihentikan selepas penyerang tuan rumah, Stefan Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan di kawasan padang Stadium Partizan, Belgrade awal pagi Rabu.

Pengadil perlawanan,  Martin Atkinson menghentikan perlawanan dengan kedudukan 0-0 selepas permainan tertangguh selama setengah jam.

Pergaduhan di antara pemain-pemain, pegawai dan juga penyokong kedua-dua belah pihak bermula apabila Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan sekaligus menimbulkan perkelahi kedua-dua negara.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengharamkan penyokong-penyokong Albania daripada hadir ke Belgrade namun membenarkan kedua-dua negara itu bertemu sekali lagi walaupun berdepan dengan tekanan politik.

Bendera tersebut yang memaparkan peta Kosovo dengan tulisan 'autochthonous' yang bermaksud 'penduduk asli' diterbangkan dengan kawalan jauh sebelum jatuh sekaligus membangkitan pergaduhan teruk.

Olsi Rama iaitu abang kepada Perdana menteri Albania, Edi Rama ditahan di tempat duduk orang kenamaan kerana disyaki menjadi dalang pergaduhan ini dan turut ditemui alat kawalan jauh bersamanya, jelas stesen televisyen Serbia.

Namun Menteri Dalam Negeri Albania, Saimir Tahiri berkata, beliau percaya Olsi Rama telah meninggalkan stadium menuju ke lapangan terbang.

Beliau menafikan penahanan Olsi itu.

Bagi mententeraman keadaan stadium yang huru-hara itu, pihak stadium memainkan lagu 'Believe' yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tahun 1998, Cher.

Sebagai rekod, pergolakan di antara Serbia dan Albania telah telah lama berlaku. Kosovo telah diisytiharkan sebuah negara merdeka pada tahun 2008, namun tidak diterima Serbia.

Pada tahun Oktober 2010, kekecohan turut berlaku di antara penyokong-penyokong Serbia yang memulakan keganasan ketika aksi Kejuaraan Eropah ketika menentang Itali.

UEFA menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Itali.
kelayakan euro 2016, Serbia, albania

Artikel Lain