suria

Daley Blind Meterai Perpindahan £14 Juta Ke Manchester United

Blind disambut oleh Van Gaal di Carrington, Ibu Pejabat Manchester United pada Isnin.

> Pemain pertahanan Ajax itu adalah anak didik Louis van Gaal

> Ketibaannya melengkap barisan pertahanan United

> Blind kini sertai Angel di Maria, Marcos Rojo, Ander Herrera, Luke Shaw dan Ramadel Falcao

MANCHESTER United kini melengkapkan pasukan mereka dengan enam pemain baru bertaraf dunia dengan ketibaan pemain pertahanan Belanda dan Ajax Amsterdam, Daley Blind yang dibeli pada harga £14 juta.

Blind adalah anak didik Louis van Gaal dan merupakan pemain regular Belanda ketika temasya Piala Dunia di Brazil yang menyaksikan mereka berjaya menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan tuan rumah.

Bapanya Danny Blind, adalah bekas kapten Ajax ketika Van Gaal menjadi jurulatih pasukan itu dan selepas itu menjadi penolong kepada Van Gaal bersama skuad kebangsaan Belanda di Piala Dunia.

Pemain berusia 24 tahun itu bersama-sama Ramadel Falcao, Angel Di Maria, Marcos Rojo, Luke Shaw dan Ander Herrera kini menjadi sebahagian dari tulang belakang bekas juara Liga Perdana Inggeri 20 kali itu.

United mencipta sejarah baru dengan membelanjakan £160 juta untuk membeli keenam-enam pemain berkenaan dalam satu musim.

Jumlah sebanyak itu kebiasaannya dibelanjakan dalam tempoh lima musim oleh United.

Kedatangan pemain-pemain baru ini menyaksikan beberapa pemain utama United terpaksa angkat kaki antaranya Shinji Kagawa yang kembali ke kelab asalnya Borussia Dortmund dengan harga perpindahan £6.3 juta, Nani ke kelab asalnya juga Sporting Lisbon secara pinjaman selama semusim, Javier Hernandez menyertai Real Madrid secara pinjaman selama semusim dan Danny Welbeck dijual kepada Arsenal pada harga £16 juta.

Artikel Sebelum

Alvaro Negredo Ke Valencia

Artikel Berikut

Artikel Lain