suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EPL: Pintu Pemindahan Pemain Labuh Tirai

PINTU pemindahan pemain Liga Perdana Inggeris akhirnya melabuhkan tirai pada Isnin.

Dalam sesi pemindahan kali ini terdapat kelab seperti chelsea seakan selesa dengan skuad yang dibentuk sejak selepas Piala Dunia walaupun Manchester City, Arsenal dan Manchester United terpaksa menggunakan sepenuh tempoh untuk membawa pemain baharu.

United yang dikendali Louis van Gaal kelihatan terdesak untuk membawa masuk pemain baharu bagi memboleh skuad berkenaan beraksi mengikut formasi 3-5-2.

Arsenal pula aktif pada minit terakhir pemindahan apabila memerlukan penyerang yang mampu mengambil tugas Oliver Giroud yang mengalami kecederaan.

Tekanan itu dirasai skuad Arsene Wenger selepas mereka seri 1-1 dengan Leicester pada Ahad.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada kelab-kelab gergasi tersebut berhubung pemain yang ditandatangani pada saat akhir setakat pukul 11 malam Isnin waktu Malaysia.


Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka AS

Artikel Lain