suria

Piala Malaysia: Penyokong Sarawak Merusuh

Sebahagian penyokong Sarawak merusuh di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam Sabtu. - ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR
KUALA LUMPUR: Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam Sabtu.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.
rusuhan, Stadium Negeri Sarawak

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain