suria

Barcelona Bida Suarez pada Harga £72 Juta

LIVERPOOL dan Barcelona akan menangguhkan perbincangan mengenai penjualan Suarez selepas kelab Sepanyol itu dilaporkan menawarkan sebanyak £72 juta.

Jumlah itu masih belum mencukupi dengan nilai £80 juta yang diletakkan Liverpool sebelum ini bagi melepaskan pemain berusia 27 tahun itu.

Dalam pertemuan antara kedua-dua kelab itu di London pada Rabu, Liverpool diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ian Ayre manakala Barcelona dihadiri oleh orang tengah iaitu Raul Sanllehí, Toni Rossich dan Jordi Mestre.

Dalam perbincangan itu, Barcelona masih mengekalkan  Alexis Sanchez sebagai pertukaran yang bernilai £30m.

Bagaimanapun pemain Chile berusia 25 tahun itu memilih Arsenal sebagai kelab baru jika meninggalkan Barcelona kerana enggan ke Liverpool.

 

Barcelona, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain