suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raonic Tewaskan Kyrgios, Jumpa Federer Di Separuh Akhir

Milos Raonic.
LONDON: Pemain Kanada, Milos Raonic menempah tiket ke pusingan separuh akhir kejohanan Wimbledon buat kali pertama selepas menewaskan Nick Kyrgios 6-7(4) 6-2 6-4 7-6(4) pada aksi suku akhir, awal pagi Khamis.

Roanic yang juga pemain pilihan kelapan kejohanan melakukan kejutan apabila menamatkan saingan dengan pukulan ace ke-39 pada set keempat.

Kemenangan itu mematikan langkah Kyrgios yang menyikirkan pemain tenis No.1 dunia, Rafael Nadal pada pusingan keempat, malam Selasa.

Roanic, 23, yang juga pemain lelaki Kanada pertama mara ke separuh akhir kejohanan grand slam akan bertemu juara tujuh kali, Roger Federer pada Jumaat untuk merebut slot ke final.

"Saya bermain dengan baik dan tenang pada perlawanan ini. Ia merupakan saingan sengit dan saya berusaha keras untuk melayakkan diri ke separuh akhir," katanya.

Sementara itu, Kyrgios berkata beliau agak keletihan selepas berhempas-pulas menewaskan Nadal.

"Saya sudah kehabisan tenaga. Roanic melakukan sesuatu yang istimewa pada aksi ini. Walaupun tewas, ia merupakan minggu yang menggembirakan dalam hidup saya," katanya.
Wimbledon, Milos Raonic

Artikel Lain