suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Tawar Alexis Sanchez £130,000 Seminggu

ARSENAL menawarkan Alexis Sanchez kontrak selama enam tahun dengan gaji bernilai £130,000 seminggu bagi memastikan pemain itu dapat berhijrah ke Stadium Emirates pada musim panas ini.

The Gunners kini meletakkan Sanchez sebagai sasaran utama dan telah menawarkan sebanyak £19.4 juta sebagai yuran perpindahan kepada Barcelona pada Selasa.

Kelab Sepanyol itu bagaimanapun belum memberi sebarang jawapan kepada Arsenal kerana sedang berunding dengan Liverpool untuk mendapatkan Luis Suarez serta menjadikan Sanchez sebagai pertukaran.

Tawaran gaji £130,000 seminggu kepada Sanchez merupakan kenaikkan sekali ganda berbanding pendapatan pemain Chile itu di Barcelona.

Sanchez kini menerima gaji sebanyak £75,000 seminggu daripada Barcelona.

Barcelona, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain