ALEXIS Sanchez bakal memberikan tekanan kepada Barcelona untuk mendapatkan Luis Suarez apabila dia menolak untuk ditukarkan ke Liverpool. Sebaliknya penyerang Chile itu memilih Arsenal sebagai kelab pilihan jika meninggalkan Barcelona. Berikutan itu, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini bersedia untuk mendapatkan Sanchez bagi menguatkan posisi pemain tengah (serangan). Sekumpulan pegawai Barcelona dilaporkan telah tiba di London untuk bertemu Liverpool bagi membincang mengenai masa depan Suarez. Liverpool yang turut berminat terhadap Sanchez mahukan sebanyak £80 juta sebagai yuran perpindahan Suarez. Barcelona sebelum ini merancang untuk menjadikan Sanchez sebagai pertukaran bagi mendapatkan Suarez selain yuran perpindahan sebanyak £30 juta.