suria

Howard Akui Perasaan Terlalu Sedih, Kecewa

Howard berjalan keluar padang dengan perasaan kecewa.

PENJAGA gol Amerika Syarikat (AS), Tim Howard tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya selepas tewas kepada Belgium pada saingan merebut slot ke suku akhir awal pagi Rabu.

Kevin De Bruyne dan pemain simpanan Romelu Lukaku menjadi pemusnah kepada AS selepas dua pemain Belgium itu menjaringkan dua gol pada masa tambahan sekaligus mencatat kemenangan tipis 2-1.

Manakala gol tunggal AS dijaringkan oleh pemain paling muda Piala Dunia, Julian Green,19, ketika tempoh permainan tambahan berbaki 13 minit.

Howard menjadi perhatian pada perlawanan ini dengan aksi menyelamatkan 15 cubaan berbahaya Belgium.

Namun kerja kerasnya itu gagal memberi sesuatu yang menggembirakan.

"Ia sangat menyakitkan hati. Kami telah beri segala-sagalanya sehingga saya tidak tahu apa lagi cara yang perlu kami lakukan.

"Permainan bola sepak sentiasa menarik. Tetapi kami tinggalkan kenangan ini di sana dan sedar pasukan saya ditewaskan oleh pasukan yang hebat.

"Mereka mengambil peluang ini dengan berjaya. Ia menyakitkan dan mengecewakan.

"Impian tidak menjadi kenyataan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami berdepan dengan pasukanyang hebat dan tidak akan lupakan malam ini.

tim howard, Amerika Syarikat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain