suria

De Jong Terpaksa Jadi Penonton

De Jong hanya menjadi penonton ketika pasukannya menjalani latihan.

PEMAIN tengah Belanda, Nigel de Jong terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan aksi  saingan Piala Dunia selepas mengalami  kecederaan di pangkal paha.

Jurulatih Louis van Gaal mengesahkan pemain AC Milan berusia 29 tahun itu terpaksa direhatkan kerana kecederaan tersebut.

De Jong berdepan dengan kecederaan tersebut ketika aksi bertemu Mexico pada pusingan kelayakan Isnin lalu.

Dalam pada itu, akaun rasmi laman twitter NKVB berkata: "Nigel de Jong mengalami kecederaan di pangkal paha. Dia mungkin tidak boleh bermain dua hingga empat minggu.

"Dan dalam masa itu, De Jong akan terus menjalani rawatan dengan Oranje.

"Walaupun tempoh final lebih kurang dua minggu lagi, De Jong tidak mempunyai masa yang cukup untuk pulih.

Sabtu ini, Oranje bakal berdepan dengan Costa Rica dalam aksi saingan suku akhir.

nigel de jong, holland

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain