suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Pertimbang Imbuhan Untuk JDT

JOHOR BAHARU: Johor akan pertimbangkan pemberian imbuhan kepada pemain dan pegawai pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas kejayaan menjulang piala Liga Super 2014 Rabu lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Rabu ini.

"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat Exco dan kita akan bincang untuk tentukan semua perkara berkaitan imbuhan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ahli-Ahli Majlis PBT di sini, Sabtu.

Kemenangan 1-0 JDT ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya tersebut telah menamatkan kemarau piala selama 24 tahun negeri Johor.

Gol tunggal tersebut dijaringkan penyerang import Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66.

Kerajaan negeri telah mengumumkan Khamis lalu adalah cuti umum sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Johor yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan tersebut.


JDT, Johor

Artikel Lain