suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kami bukan kawan kami hanya rakan sekerja," - Lewis Hamilton

Amat ketara...Hamilton memperlihatkan wajah yang tidak ceria di atas podium selepas menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukannya Nico Rosberg pada GP Monaco, Ahad.

PELUMBA Formula 1 pasukan Mercedes-Petronas, Lewis Hamilton membuat pengakuan yang akan mengeruhkan lagi perhubungannya dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg apabila dia berkata yang mereka berdua bukanlah kawan tetapi sebaliknya hanya rakan sekerja.

Hamilton membuat pengakuan itu sebaik sahaja selesai GP Monaco pada Ahad yang menyaksikan Rosberg menjuarai perlumbaan itu sekaligus kembali menduduki takhta teratas kedudukan pemandu mengatasi Hamilton yang mendapat tempat kedua.

Ia adalah kemenangan pertama buat Rosberg selepas Hamilton menang di empat perlumbaan berturut-turut bermula di GP Malaysia.

"Kami bukan kawan, kami hanya rakan sepasukan," kata Hamilton selepas perlumbaan itu.

Kemenangan 1-2 untuk Mercedes merupakan yang kelima berturut-turut bagi musim ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Mercedes tetapi pada masa yang sama semakin menjauhkan hubungan dua orang pelumba ini yang sama-sama bermula sebagai pemandu kart ketika remaja dahulu.

Hamilton juga mengaku yang dia dan Rosberg tidak menghadiri majlis taklimat kepada pemandu pada Sabtu bersama-sama.

Malah kedua-dua mereka kelihatan amat canggung dan tidak mesra ketika di atas podium untuk menerima trofi kemenangan masing-masing.

Artikel Lain