Semua Pengurus Chelsea Di Era Abramovich Dipecat Jika Gagal Menang Trofi Tapi Nampaknya Mourinho Akan Terselamat - Sukan | mStar

Semua Pengurus Chelsea Di Era Abramovich Dipecat Jika Gagal Menang Trofi Tapi Nampaknya Mourinho Akan Terselamat

Ibramovich pecat semua pengurus Chelsea yang gagal bawa pulang sebarang trofi dalam satu musim.

DENGAN hanya tinggal satu sahaja perlawanan liga untuk dihabiskan sedangkan Manchester City dan Liverpool masih mempunyai dua baki perlawanan lagi, nampaknya semua orang menanti dengan penuh debar apakah Jose Mourinho akan menjadi pengurus Chelsea yang keempat dipecat di bawah pemilikan Roman Abramovich setelah gagal untuk memenangi sebarang trofi dalam satu musim.

Sejak Abramovich mengambil alih Chelsea pada 2004, semua pengurus yang gagal membawa pulang sebarang trofi pada satu musim berakhir dengan pemecatan.

Pemilik Chelsea dari Rusia itu memang dikenali sebagai seorang yang tidak berhati perut apabila tiba soal wang dan kejayaan.

Dia mengharapkan pelaburan yang besar datang bersama-sama trofi dan kejayaan. Abramovich tidak berkompromi dengan kegagalan tidak kira siapa yang menjadi pengurusnya.

Claudio Ranieri adalah mangsanya yang pertama. Pengurus dari Itali itu dipecat kurang setahun selepas Abramovich mengambil alih kelab London tersebut pada 2004. Chelsea menduduki tempat kedua di akhir musim berkenaan dan dia tidak menganggap itu sebagai satu kejayaan.

Empat tahun kemudian, Mourinho yang dilantik mengantikan Ranieri dipecat pada pertengahan musim ketika prestasi Chelsea tiba-tiba merudum dan dia digantikan oleh Avram Grant.

Prestasi Grant tidaklah seteruk mana. Chelsea berakhir sebagai naib juara Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas dalam sepakan penalti di tangan Manchester United dan juga berakhir sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris.

Namun pencapaian tersebut di anggap sebagai kegagalan oleh Abramovich. Grant walaupun berketurunan Yahudi sepertimana Abramovich tetapi dia tetap dipecat.

Pada 2011, Carlo Ancelotti pula menjadi mangsa.

Walaupun dia berprofil tinggi dengan membawa pulang Piala FA dan kejuaraan liga pada musim sebelum itu tetapi gagal mengulangi kejayaan yang sama pada musim berikutnya membawa padah yang sama.

Chelsea sekali lagi menjadi naib juara liga dan itu tidak memadai untuk Abramovich. Ancelotti tetap dipecat.

Malah Rafa Benitez, yang muncul sebagai pengurus interim selepas itu dan berjaya membawa pulang Piala Europa ke Stamford Bridge tetapi tetap tidak disambung perkhidmatannya musim lalu.

Sebaliknya Mourinho yang tiba untuk kali kedua di Chelsea dengan reputasi sebagai pengurus yang akhirnya paling sesuai untuk mereka.

Tetapi dengan tangan kosong musim ini, semua orang tertanya-tanya apakah Abramovich akan hilang sabar sepertimana masa-masa yang lalu?

Mourinho sendiri tidak kelihatan gusar kerana baginya dia mewarisi skuad yang sudah tua dan berhak diberi peluang dan tempoh untuk membina semula skuad baru dari bawah sepertimana yang dia lakukan pada kali pertama diberi mandat sebagai pengurus pada 2005.

Dia bukan sahaja mewarisi penyerang yang sudah hilang bisa seperti Fernando Torres tetapi juga penyerang tua seperti Samuel Eto'o yang sudah berusia 33 tahun.

Jadi ada kemungkinan Mourinho akan diberi peluang untuk menebus apa jua kekurangan yang wujud pada musim ini dan memecah rekod menjadi satu-satunya pengurus di bawah Abramovich yang terselamat daripada pemecatan selepas gagal membawa pulang sebarang trofi.

BERIKUT ADALAH REKOD CHELSEA DI BAWAH PEMILIKAN ABRAMOVICH:

2003/04 – Tiada Trofi

Pengurus: Claudio Ranieri (Dipecat pada bulan Mei)


2004/05 – Juara Liga/Juara Piala Carling

Pengurus: Jose Mourinho


2005/06 – Juara Liga

Pengurus: Jose Mourinho


2006/07 – Piala FA/Piala Carling

Pengurus: Jose Mourinho


2007/08 – Tiada Trofi

Pengurus: Jose Mourinho (Dipecat September) digantikan oleh Avram Grant (Dipecat Mei)


2008/09 – Piala FA

Pengurus: Luiz Felipe Scolari (Dipecat Feb), digantikan oleh Guus Hiddink dan menang Piala FA


2009/10 – Juara Liga/Piala FA

Pengurus: Carlo Ancelotti


2010/11 – Tiada Trofi

Pengurus: Carlo Ancelotti (Dipecat Mei)


2011/12 – Liga Juara-Juara Eropah/Piala FA

Pengurus: Andre Villas-Boas (Dipecat Mac), Digantikan oleh Roberto Di Matteo dan menang Liga Juara-Juara/Piala FA


2012/13 – Liga Europa

Pengurus: Roberto Di Matteo (Dipecat November), Digantikan oleh Rafa Benitez dan menang Liga Europa


2013/14 – Tiada Trofi

Pengurus: Jose Mourinho

Chelsea , Abramovich , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

JDT1, Pahang Terikat Seri 1-1

Artikel Berikut

Futsal AFC: Malaysia Tersingkir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain