suria

Futsal AFC: Malaysia Tersingkir

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Malaysia tersingkar dari Kejohanan Futsal AFC 2014 setelah tewas kepada pasukan China Taipei 2-3 dalam perlawanan kumpulan C yang terakhir di Stadium Ton Duc Thang University di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Isnin. 

Kekalahan itu menyaksikan pasukan Maizal Hairi Marzuki gagal menempah tempat di suku akhir selepas mengumpul tiga mata dari tiga perlawanan. 

Thailand dan Lubnan berjaya memasuki suku akhir sekalipun kedua-dua pihak seri 3-3 dalam satu lagi perlawanan kumpulan di Phu Tho Stadium, di bandaraya itu. 

China Taipei yang telahpun tersingkir dari pertandingan, mendahului kedudukan menerusi Chang Hao-Wei pada minit ke-14 sebelum skipper, Huang Cheng-Tsung memperkukuh kedudukan hadapannya, tiga minit kemudian.
 
Mohd Asmie Amir Zahari mengecilkan jurang bagi pasukan negara pada minit ke-20 tetapi gagal menyekat pasukan lawan menambah gol ketiga menerusi tendangan Weng Wei-Pin pada minit ke-26. 

Muhamad Fitri Muhamad Yatim menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-29 tetapi sudah lewat untuk menghalang pasukan lawan meraih kemenangan pertama mereka di pertandingan itu. 

Maizal Hairi berkata pemain-pemainnya telah bermain dengan baik, tetapi mereka gagal mendapatkan mata penyama selepas ketinggalan 2-3 kepada China Taipei pada separuh kedua.
 
Keputusan itu melanjutkan kemarau Malaysia di pertandingan itu oleh kerana mereka tidak pernah memasukan suku akhir sejak pertandingan diperkenalkan pada 1999. 

futsal, AFC, tewas, Malaysia

Artikel Lain