suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez Cetak Gol Ke-30 Tewaskan Norwich

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez mencetak 30 gol musim ini dan Rahim Sterling turut membantu The Reds mengukuhkan  kedudukan teratas liga selepas menang 3-2 ke atas Norwich, Ahad malam.

Liverpool mudah meraih gol seawal minit keempat menerusi Sterling sebelum Suarez menambah satu gol lagi minit ke-11 permainan.

Permulaan yang teruk buat Norwich, namun mereka bangkit pada babak kedua cuba mengejar jaringan menerusi Gary Hooper minit ke-54.

Bagaimanapun Sterling sekali lagi menambah koleksi jaringannya pada minit ke-62 bagi melengkapkan gol ketiga The Reds.

Norwich tidak berputus asa cuba memecah benteng pertahanan Liverpool dan akhirnya mereka berjaya menambah jaringan kedua melalui Robert Snodgrass minit  ke-77.

Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan sebelas kali berturut-turut dan meninggalkan lima mata daripada pencabar terdekat Chelsea.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu di Anfield Ahad ini.


Senarai pemain:

Norwich City: Ruddy, Whittaker, Martin,Turner, Olsson, Johnson , Howson,  Fer, Snodgrass, Redmond, Hooper (pemain simpanan) van Wolfswinkel, Murphy

Liverpool: Mignolet, Johnson,  Skrtel, Sakho, Flanagan, Gerrard , Lucas,  Allen,  Sterling, Coutinho, Suarez (pemain simpanan) Moses, Agger

Liverpool, Norwich City, EPL

Artikel Lain