suria

SIC Tawar Tiket Pakej Kombo Untuk WSBK Dan MotoGP

Razlan Razali

KUALA LUMPUR: Peminat sukan motosikal boleh menikmati penjimatan yang hebat untuk menyaksikan dua acara terbesar dunia, KejohananDunia Superbike FIM (WSBK) dan Kejohanan MotoGP Dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

SIC telah memperkenalkan pakej kombo 2 dalam 1 yang menyediakan penjimatan sehingga RM100.

Dalam kenyataannya, SIC berkata di bawah pakej kombo tersebut, peminat boleh membeli tiket Main Grandstand North, iaitu berhadapan dengan laluan lurus trek sejauh 5.548km untuk hanya RM230.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata tawaran pakej kombo 2 dalam 1 tersebut hanya untuk tempoh terhad iaitu 30 hari bermula Rabu, 16 April.

Kejohanan WSBK akan berlangsung buat kali pertama di Asia dengan Malaysia menjadi tuan rumah pusingan keenam dunia dari 6 hingga 8 Jun ini manakala MotoGP Grand Prix Malaysia dari 24 hingga 26 Oktober ini.

Sempena dengan edisi ke-24 MotoGP GP Malaysia itu, SIC telah mewujudkan zon tempat duduk khas dikenali sebagai 'VR46 Tribune' di Grandstand K1 bagi menghormati lagenda MotoGP, Valentino Rossi.

Razlan berkata pembeli tiket untuk zon tersebut juga layak membeli peralatan rasmi dengan tandatangan Rossi.

Peminat boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang SIC diwww.sepangcircuit.com.

SIC, Razlan Razali, MotoGP, WSBK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain