suria

Konfederasi Hoki Malaysia Tiada Masalah Kewangan

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR:  Walaupun Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)mengalami aliran tunai yang agak ketat, tetapi ia tidak menghadapi masalah kewangan, kata presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

"Aliran tunai (MHC) agak ketat, (tapi) kami mendapat sokongan baik daripada penaja, walaupun prosedurnya akan mengambil masa," katanya.

Pertandingan dua tahun sekali itu akan diadakan dari 26 April hingga 4 Mei di Stadium Wisma Belia di Kuantan, Pahang.

Tengku Makhota Pahang itu berkata beliau agak terganggu dengan dakwaan bahawa MHC mengalami masalah kewangan.

"Saya agak terganggu dengan kenyataan bahawa kami mengalami masalah kewangan. Saya tak bersetuju jika ada orang kata kami mengalami kesulitan dari segi kewangan," katanya.

Tengku Abdullah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penaja yang berganding bahu dengan MHC untuk memastikan kejayaan pertandingan pada tahun ini. 

Malaysia diundi bersama-sama Korea Selatan, Kanada dan Perancis dalam Kumpulan B, manakala New Zealand, Jepun, Ireland dan Poland bermain dalam Kumpulan A.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia Champions Challenge 1 setakat ini adalah menduduki tempat keempat pada 2001 dan 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Portugal

Artikel Lain