suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara: United Bertemu Bayern, Chelsea Lwn PSG

MANCHESTER United telah diundi bertemu juara bertahan Bayern Munich manakala Chelsea pula menentang Paris Saint-Germain pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pasukan pilihan Barcelona pula telah diundi bertemu sebuah lagi kelab Sepanyol, Atletico Madrid dan jiran Atletico iaitu Real Madrid akan menentang satu lagi wakil Jerman yang juga naib juara musim lalu, Borussia Dortmund.

Perlawanan pertama suku akhir ini dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 April manakala perlawanan kedua pula ditetapkan 8 dan 9 April.

Perlawanan akhir tahun ini akan diadakan di Lisbon, Portugal. 

Bagi Manchester United, ini adalah perlawanan ulangan di peringkat yang sama pada musim 2010 yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 4-4 tetapi Bayern melangkah ke separuh akhir atas peraturan gol di tempat lawan. United menewaskan Bayern pada perlawanan akhir 1999 yang menyaksikan mereka turut memenangi kejuaraan liga dan juga Piala FA.

Pengurus United, David Moyes dalam reaksi segera menyifatkan ia adalah perlawanan yang sukar jika diukur prestasi semasa Bayern yang kini di bawah kendalian bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola.

Chelsea dan Jose Mourinho terpaksa berhadapan dengan Zlatan Ibrahimovic yang jaringan golnya pada saat ini adalah yang paling konsisten di Eropah.

Mourinho pernah mengurus Ibrahimovic ketika beliau melatih Inter Milan beberapa tahun lalu.

Tetapi kedua-dua buah pasukan sebenarnya lebih merasa lega kerana tidak perlu berhadapan dengan Real Madrid dan juga Barcelona.

Real tewas kepada Dortmund di peringkat separuh akhir musim lalu dan sudah tentulah ini peluang terbaik untuk mereka membalas dendam apatah lagi penyerang berbisa Dortmund Robert Lewandowski tidak akan diturunkan dalam perlawanan pertama kerana digantung satu perlawanan.


Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana

Artikel Lain