Masih Ada Peluang Ke Pusingan Kedua AFC - Darby - Sukan | mStar

Masih Ada Peluang Ke Pusingan Kedua AFC - Darby

Steve Darby
Steve Darby.

KOTA BHARU: Kelantan masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan kedua saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) walaupun mengalami dua kekalahan dalam perlawanan Kumpulan G. 

Ketua jurulatihnya, Steve Darby berkata, mereka perlu mengutip sembilan mata dalam baki tiga perlawanan kumpulan sebelum melangkah ke pusingan kedua.

Pasukan 'The Red Warriors' (TRW) kini menghuni tangga ketiga dalam kumpulan selepas kalah 3-2 kepada pendahulu kumpulan, XM Vissai Ninh Binh dari Vietnam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Selasa.

"Saya perlu menggilirkan pemain dalam kesebelasan utama kerana perlu mengharungi enam perlawanan dalam tempoh 17 hari," katanya di sini Rabu.

Kelantan akan menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati