suria

Tiga Pemain Skuasy Negara Tersingkir Dari Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR: Tiga pemain negara terkeluar awal di pusingan pembukaan kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2013 di Pusat Skuasy Hong Kong pada Selasa.

Bagi kategori wanita, pilihan keenam Low Wee Wern kalah kepada pemain England, Emma Beddoes 11-8, 14-12, 3-11, 8-11 dan 5-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 72 minit.

Bagi kategori lelaki Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan turut kalah kepada lawan masing-masing yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada mereka, demikian menurut laman web kejohanan www.squashsite.co.uk.

Beng Hee kalah 5-11, 6-11 dan 5-11 kepada pilihan ketujuh Borja Golan dari Sepanyol dalam hanya 36 minit sementara Mohd Nafiizwan kalah dalam tempoh 25 minit kepada pilihan pertama dan pemain nombor satu dunia Ramy Ashour dari Mesir 8-11, 4-11 dan 5-11.

Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David akan memulakan kejohanan dengan menentang pemain Kanada Sam Cornett, Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain